Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

USAHAWAN JUTAWAN BERSAMA HAI-O

Link: http://www.hai-omarketing.com.my

Hai-O Marketing Sdn Bhd ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah syarikat jualan langsung atau 'Direct Sellings' (DS) berbentuk 'multi level marketing' (MLM) dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada bulan September 1992. Merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Hai-O, iaitu Hai-O Enterprise yang ditubuhkan pada tahun 1975 dan tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) di Papan Kedua pada 6hb Disember 1996. Merupakan satu-satunya syarikat tempatan yang menjual ubat-ubatan tradisional Cina tersenarai di BSKL. Hai-O Enterprise memiliki lebih 20 buah anak syarikat dan mengembangkan sayap perniagaan dan pelaburan ke luar negara melalui penubuhan anak-anak syarikat di Singapura, Thailand, Hong Kong, Taiwan dan negara China. Ini membuktikan bahawa sebagai sebuah syarikat MLM, Hai-O Marketing merupakan salah sebuah syarikat yang diyakini keteguhannya, anggota Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM), dan antara syarikat tempatan yang sedang meningkat naik dalam industri ini di Malaysia.

Hai-O Marketing memberikan lima jaminan kepada mereka yang menyertainya sebagai pengedar atau usahawan iaitu pertama, syarikat berdaftar dan sah dari segi undang-undang; kedua, produk berkualiti; ketiga, pelan pemasaran untuk perniagaan yang menarik dan kompetatif; keempat, program syarikat melalui bengkel, seminar dan konvensyen; dan kelima, kumpulan pengurusan pentadbiran yang profesional.

Prinsip perniagaan Hai-O Marketing ialah Membangun Bersama, Menikmati Kejayaan Bersama melalui industri jualan langsung, dengan membantu lebih ramai orang untuk mencipta kejayaan. Hai-O Marketing disertai oleh semua lapisan masyarakat dan pelbagai kaum termasuk golongan bumiputera yang bersikap proaktif. Matlamat jangka panjang Hai-O Marketing ialah untuk meletakkan syarikat pada kedudukan teratas dalam MLM di Malaysia serta melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa terutama di kawasan Asia.
Di antara produk Hai-O Marketing yang sedang hangat diperkatakan ialah Bio - Aura High Tech Water System (FIR / Nano Technology) dan di kalangan wanita masa kini pula ialah produk pakaian dalam pebentukan kontur badan ber-FIR berjenama Premium Beautiful. Semakin ramai usahawan -usahawan jutawan baru muncul.

bentayanpintar wrote on Jul 19, '10
Jangan terlibat dgn sykt Hai-o yg menjual Arak. Adakah anda ingin keluarga anda makan dari sumber yg haram.

Klik link ini untuk Kebenaran
Add a Comment
   
© 2012 Multiply · English · About · Blog · Terms · Privacy · Corporate · Advertise · API · Help · Sitemap

Template design - Copyright © 2005 Sam Royama All rights reserved.